Rendang Daging

Rendang daging ialah hidangan berempah yang kaya rasa, dimasak perlahan dengan santan pekat dan pelbagai rempah ratus sehingga kuahnya hampir kering, manakala daging menjadi lembut serta empuk.

kcal
0 +
lemak
~ 0 g
protein
~ 0 g

Resipi (4 orang)

Bahan-bahan:

  • 4kg daging
  • 2 sudu besar rempah kari Baba’s
  • Air secukupnya
  • Gula perang secukup rasa
  • 500ml Krim Kelapa M&S
  • 500g kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit / daun limau purut

Bahan Kisar:

  • 20 biji bawang merah kecil
  • 1 labu bawang putih
  • 4 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup / beberapa sudu besar serbuk kunyit
  • 20 batang serai
  • 30 tangkai cili kering

Cara-cara:

  1. Kisar bahan-bahan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serbuk kari Baba’s yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah hampir kering.
  4. Selepas itu, masukkan gula merah (separuh daripada sukatan).
  5. Masukkan M&S Krim Kelapa bersama air.
  6. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam. Renehkan sehingga kuah kering.
  7. Akhir sekali, taburkan daun kunyit atau daun limau purut yang dihiris. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Lain yang Mungkin Anda Suka

Scroll to Top