Spaghetti dengan Sos Alfred

Spaghetti dengan sos Alfredo ialah hidangan klasik Itali-Amerika yang kaya dan berkrim, terdiri daripada mi spaghetti yang disaluti sos putih lembut yang dibuat terutamanya daripada mentega, krim dan keju Parmesan.

kcal
0 +
lemak
~ 0 g
protein
~ 0 g

Resipi (2 orang)

Bahan-bahan:

  • 200 ml Krim Kelapa M&S
  • ¼ sudu teh Daun Basil Kering
  • ¼ sudu teh Oregano Kering
  • 1 biji Bawang Besar Kuning
  • ½ sudu teh Garam
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 1 sudu besar Bawang Putih, dicincang halus
  • ½ sudu teh Serbuk Bawang Putih
  • 150 g Spageti
  • 6–8 biji Cendawan Butang Perang, dihiris
  • Daun Parsli Kering

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih hingga lembut, kemudian toskan dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sederhana, tumis cendawan hingga masak dan sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, gaulkan M&S Coconut Cream bersama daun basil, garam dan tepung jagung hingga sebati.
  4. Guna kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi.
  5. Masukkan campuran krim kelapa tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat seperti sos berkrim, mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Masukkan serbuk bawang putih, garam (jika perlu), cendawan dan spaghetti. Gaul rata dan biarkan seketika hingga semuanya panas sekata.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Lain yang Mungkin Anda Suka

Scroll to Top