Nasi Lemak
Nasi lemak ialah hidangan kebanggaan Malaysia yang menggunakan nasi wangi yang dimasak bersama santan, dan lazimnya dihidangkan dengan sambal pedas, ikan bilis goreng rangup, kacang tanah panggang serta hirisan timun.
kcal
0
+
lemak
~
0
g
protein
~
0
g
Resipi (1–2 orang)
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis
- 3–4 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 mangkuk cili kisar
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu besar gula
- Sedikit gula Melaka
Langkah-langkah:
- Kisar bawang dan bawang putih. Panaskan minyak dengan banyak supaya bahan tumis betul-betul masak dan rangup.
- Tumis bahan kisar dan cili kisar dengan api kecil sehingga cili dan bawang benar-benar masak garing. Langkah ini sangat penting untuk memastikan sambal sedap dan tahan lama.
- Bila sudah garing, masukkan sedikit gula dan gaul rata supaya warna sambal menjadi merah cantik.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak perlahan dengan api kecil.
- Akhir sekali, perasakan dengan baki gula dan garam mengikut cita rasa. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Boleh diangkat dan dihidangkan.
Nasi Lemak
Bahan-bahan:
- Beras – dibasuh dan ditoskan
- 1 helai daun pandan – disiat dan disimpul
- 1 cawan Krim Kelapa M&S
- Garam secukup rasa
- 1 – 2 inci halia – dihiris
Langkah-langkah:
- Masak beras dengan air yang mencukupi. Kebiasaannya paras air lebih kurang satu ruas jari atau kurang daripada 1 inci dari permukaan beras.
- Masukkan garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi.
- Apabila air sudah mendidih dan hampir kering, masukkan hirisan halia dan Krim Kelapa M&S. Kacau rata. Teruskan memasak sehingga nasi betul-betul masak. Sedia untuk dihidangkan.