Spaghetti dengan Sos Alfred
Spaghetti dengan sos Alfredo ialah hidangan klasik Itali-Amerika yang kaya dan berkrim, terdiri daripada mi spaghetti yang disaluti sos putih lembut yang dibuat terutamanya daripada mentega, krim dan keju Parmesan.
kcal
0
+
lemak
~
0
g
protein
~
0
g
Resipi (2 orang)
Bahan-bahan:
- 200 ml Krim Kelapa M&S
- ¼ sudu teh Daun Basil Kering
- ¼ sudu teh Oregano Kering
- 1 biji Bawang Besar Kuning
- ½ sudu teh Garam
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- 1 sudu besar Bawang Putih, dicincang halus
- ½ sudu teh Serbuk Bawang Putih
- 150 g Spageti
- 6–8 biji Cendawan Butang Perang, dihiris
- Daun Parsli Kering
Cara-cara:
- Rebus spaghetti dalam air mendidih hingga lembut, kemudian toskan dan ketepikan.
- Dalam kuali sederhana, tumis cendawan hingga masak dan sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk, gaulkan M&S Coconut Cream bersama daun basil, garam dan tepung jagung hingga sebati.
- Guna kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi.
- Masukkan campuran krim kelapa tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat seperti sos berkrim, mengikut kepekatan yang diingini.
- Masukkan serbuk bawang putih, garam (jika perlu), cendawan dan spaghetti. Gaul rata dan biarkan seketika hingga semuanya panas sekata.
- Sedia untuk dihidangkan.