Stik Dengan Buah-Buahan Sitrus

stik dengan sitrus


  • 4 keping stik
  • 2 limau mandarin, dikupas dan dipotong kasar
  • 1 bawang besar putih, dipotong bulatan
  • 2 tangkai daun bawang, dipotong jaluran nipis
  • 1 cili merah, potong halus
  • 1 cawan daun ketumbar, potong kasar
  • Sedikit bawang merah goreng untuk hiasan
  • Garam dan lada putih
  • Minyak masak
  • 100ml Santan Kelapa M&S
  • 2 sudu besar jus limau nipis (dicampur)
  • * * * *
  • Gaulkan limau, bawang, daun bawang, cili dan ketumbar. Sejukkan dalam peti sejuk.
  • Perap daging dengan garam dan lada putih. Panaskan grill ke sederhana panas. Sapu daging dengan minyak masak dan masak selama 6 minit setiap belah.
  • Letakkan stik di atas pinggan panas.
  • Gaulkan campuran kelapa dengan campuran limau dan bahagi kepada 4 bahagian. Hidangkan dengan daging dan renjiskan bawang goreng atasnya.

Kongsi Resipi