Sambal Kerang & Kuchai Lemak

sambal kerang


  • 300g kerang, dicuci
  • 200g kuchai, dipotong 2cm panjang
  • ½ cawan Santan Kelapa M&S
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • Limau nipis untuk hidangan, dipotong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 6 biji bawang merah
  • 1 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu teh pes udang
  • * * * * * *
  • Masukkan kerang di dalam satu periuk air mendidih. Tutup api dan biar selama 2 minit. Buang air panas dan kupas kerang. Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan giling sehingga naik bau. Campur Santan Kelapa M&S, air dan gula. Sebaik panas, masukkan kerang dan kuchai.
  • Masak selama ½ minit atau sehingga mula mendidih, tutup api.
  • Hidangkan dengan limau nipis.

Kongsi Resipi