Salad Buah-Buahan Carribbean

salad buah


  • 3 biji pisang, dihiris
  • 2 kerat tembikai, dipotong dadu
  • 2 kerat nanas, dihiris
  • 2 kerat tembikai susu, dihiris
  • 1 sudu besar gula batu halia, dicincang halus
  • ¼ cawan kelapa parut, dibakar
  • 125ml Santan Kelapa M&S
  • 2 sudu besar limau nipis
  • 1 sudu besar kulit oren
  • 2 sudu besar gula merah halus
  • * * * *
  • Picit sedikit jus limau nipis ke atas pisang untuk mengelakkan daripada menjadi perang. Sejukkan buah-buahan di dalam peti sejuk.
  • Campurkan Santan Kelapa M&S, jus limau nipis, kulit oren, gula merah dan gula batu halia.
  • Sebelum dihidang, gaulkan campuran Santan Kelapa M&S dengan buah-buahan campuran dan taburkan kelapa parut ke atasnya. Hidangkan segera.

Kongsi Resipi