>


Rendang Ayam Istimewa



  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 3 keping asam gelugor
  • Rempah penumis seperti bunga lawang, pelaga, cengkih dan kulit kayu manis
  • 1 sudu besar gula Jawa
  • 1 biji kelapa parut kering
  • 1 helai daun kunyit
  • 200ml Santan Kelapa M&S
  • 1 cawan air
  • ¼ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 30 cili kering
  • 2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 15 biji lada hitam
  • 1 batang serai
  • Panaskan minyak masak. Gorengkan bahan-bahan yang digiling serta rempah penumis pada api sederhana sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam, kacau rata bersama rempah-rempah tadi.
  • Masukkan Santan Kelapa M&S, air, gula Jawa serta garam dan masak sehingga ianya pekat bersama-sama asam gelugor tadi.
  • Masukkan kelapa parut kering serta daun kunyit dan didihkan selama 3 minit sebelum dihidangkan.

Kongsi Resipi