Ubi Kentang Berkrim
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Bahan-Bahan
250 ml. M&S Santan Kelapa Asli1kg Ubi kentang, dikupas, direbus & dilecek
½ cawan mayonis
2 biji telur, dipukul sedikit
4 sudu besar daun parsli yang dicincang
100g keju cheddar yang diparut
2 sudu besar mentega cair
Garam & lada sulah secukup rasanya
Cara Penyediaan
Campurkan ubi kentang bersama mentega, mayonis, telur, daun parsli dan M&S Santan Kelapa Asli. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Masukkan campuran ubi kentang ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Dan tabur parutan keju ke atasnya. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 1800C selama 20-25 minit, sehingga kuning keemasan.