Tiramisu Berkastard Santan
Saiz Hidangan:
6 Orang
Bahan Krim Keju
250g krim keju80ml Santan M&S
80g gula aising
12-14 keping biskut span
1½ sudu besar serbuk kopi, dicampur 200ml air
Serbuk koko secukupnya
60g parutan coklat
Strawberi, untuk hiasan
Bahan Kastard Santan
2 biji kuning telur500ml Santan M&S
60g gula halus
3 sudu besar tepung kastard
Cara Penyediaan
Untuk kastard santan: Pukul semua bahan, tapiskan ke dalam periuk.
Kacau di atas api sederhana sehingga pekat. Biar suam sedikit.
Untuk krim keju: Putar krim keju sehingga lembut.
Masukkan santan dan gula, putar lagi sehingga kembang.
Sudukan sedikit kastard santan di dasar mangkuk kaca.
Celup biskut di dalam air kopi. Susun beberapa keping di atas kastard santan.
Ratakan campuran krim. Taburkan serbuk koko di atasnya. Ulangi melapis.
Untuk lapisan akhir, taburkan serbuk koko dan parutkan coklat di atasnya.
Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. Hias dengan strawberi.