Tat Nenas
Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
75g mentega50g marjerin
35g gula aising, diayak
½ sudu kecil vanila
1 biji kuning telur
3 sudu besar Santan M&S
210g tepung serbaguna, diayak
50g tepung jagung, diayak
Jem nenas secukupnya
Cara Penyediaan
Bentukkan jem nenas menjadi bulat dan leper.
Pukul mentega, marjerin, gula dan vanila.
Masukkan kuning telur dan Santan M&S, putar rata.
Campur bahan ayak, gaul menjadi doh.
Canai setebal 5mm dan terap.
Isikan jem di tengahnya. Hias atasnya.
Bakar pada 165˚C selama 15-20 minit.