Sushi Rendang Tok
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
1 - 3 Orang
Bahan-Bahan
185g beras sushi, dibersihkan430 ml air
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil mayonis
1 sudu kecil gula halus
5 keping nori
1 biji timun Jepun, dipotong 1cm memanjang
1 biji lobak merah, dipotong 1cm dan dicelur
2 biji telur, dibuat dadar dan dipotong 1cm memanjang
300g *Rendang Tok (rujuk kepada resipi Rendang Tok)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Masukkan beras ke dalam periuk.
Tambah air.
Masak sehingga kering airnya, tutup sebentar.
Isikan nasi suam ke dalam mangkuk. Masukkan cuka.
Masukkan mayonis.
Masukkan gula dan garam. Gaul sebati dan biar sejuk.
Letak sekeping nori di atas tikar sushi.
Ratakan sedikit nasi di atas nori.
Letak timun.
Letak lobak merah.
Letak telur dadar.
Sudukan Rendang Tok di atasnya.
Basahkan hujung nori.
Kemudian gulung kemas.
Potong dan sajikan.