Sup Kombi Makanan Laut
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
2 - 3 Orang
Bahan-Bahan
300ml M&S Santan Kelapa Asli400ml stok ikan
300g udang sederhana, dibuang kulit kecuali ekor & dibersihkan
150g filet ikan, dihiris
150g sotong, dibersihkan & dipotong bulat
1 ekor ketam, dibersihkan dan dibelah empat
2 batang serai, dititik
2 batang serai, dihiris nipis
1sm lengkuas, dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar, dihiris
6-8 helai daun limau purut, 2-3 helai dihiris halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis
Gula secukup rasanya
Cara Penyediaan
Dalam periuk stok, campurkan serai, daun limau purut, lengkuas dan stok ikan. Biar mendidih, kecilkan api dan renihkan tanpa menutup selama 20 minit.
Tambahkan M&S Santan Kelapa Asli, sos ikan, jus limau nipis dan renihkan selama 1-2 minit. Masukkan makanan laut dan perasakan dengan gula. Biar masak selama 4-5 minit lagi. Angkat dan hiaskan dengan hirisian daun ketumbar dan daun limau purut sebelum menghidang.
Hiaskan dengan daun pudina sebelum dihidang.