Santan Kelapa Shake Berpandan
Saiz Hidangan:
2 Orang
Bahan-Bahan
2 cawan air kelapa muda 1 cawan Santan M&S 1 cawan isi buah kelapa muda 1 cawan ketulan ais 1 cawan ais krim vanilaBahan Sirap Pandan
4 helai daun pandan ¾ cawan air ¾ cawan gula pasir Sedikit pewarna hijauBahan Hiasan
Ais krim vanila secukupnya3-4 sudu besar serbuk minuman coklat
Sirap pandan
Cara Penyediaan
Untuk Sirap Pandan: Kisar daun pandan dan air, tapiskan.
Masak air pandan, gula dan pewarna hijau sehingga hampir pekat. Biar sejuk.
Kisar semua bahan dan sirap pandan secukupnya.
Tuangkan ke dalam gelas. Letak aiskrim di atasnya.
Taburkan serbuk minuman coklat.
Kemudian titiskan baki sirap pandan. Hidangkan.