Sambal Tempe

Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Bahan-Bahan
½ cawan Santan Kelapa M&S200g tempe, dihiris nipis
100g ikan bilis, dibersihkan
100g kacang tanah
2 sudu besar gula
3 sudu besar jus limau nipis
Minyak masak
Bahan-Bahan Untuk Digiling
2 sudu besar pes cili10 bawang merah
1 sudu besar pes udang
Cara Penyediaan
Goreng tempe di dalam minyak sehingga rangup. Ketepikan. Buat yang sama untuk ikan bilis dan kacang tanah.
Tinggal minyak masak di kuali, goreng bahan-bahan digiling sehingga naik bau. Masukkan Santan Kelapa M&S serta gula dan masak sehingga panas.
Tutup api, masukkan jus limau nipis dan tempe goreng, ikan bilis dan kacang tanah.