Roti Santan M&S Telur Leleh
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
1 - 2 Orang
Roti Santan M&S Gaya Sofia
Bahan-Bahan
Santan M&S secukupnya2 keping roti canai frozen
Sedikit minyak
Cara Penyediaan
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
Terbalikkan dan masak lagi.
Apabila keperangan, angkat.
Roti Santan M&S Telur Leleh
Bahan-Bahan
2 keping roti Santan M&S2 biji telur
Air secukupnya
3 sudu besar cuka putih
Garam, serbuk lada sulah (hidangan)
Bahan Salad (Gaul)
5-6 aneka jenis daun salad6 biji tomato ceri, dibelah 4
4 hirisan cili benggala kuning
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil jus limau nipis
Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan
Panaskan kira-kira 3 inci air di dalam periuk.
Apabila mendidih, masukkan cuka.
Biar sehingga air mendidih semula.
Dengan pemutar, buat pusingan supaya terbentuk pusaran air.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil.
Tuang telur di bahagian tengah pusaran.
Biar sehingga telur masak dengan kuningnya cair.
Angkat dan letakkan ke dalam piring.
Hidangkan telur dengan campuran salad.
Petua:
Pastikan telur segar.