Roti Santan M&S Gulung
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
2 Orang
Roti Santan M&S Gaya Sofia
Bahan-Bahan
Santan M&S secukupnya2 keping roti canai frozen
Sedikit minyak
Cara Penyediaan
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
Terbalikkan dan masak lagi.
Apabila keperangan, angkat.
Roti Santan M&S Gulung
Bahan-Bahan
4 keping roti Santan M&S4 helai daun salad
1 keping kepingan ayam salai, dipotong 4
½ biji tomato, dibuang biji dan dihiris nipis
¼ biji timun, dibuang empulur dan dihiris memanjang
1 keping keju, dipotong 4
Mayonis
Sos cili secukup rasa
Cara Penyediaan
Letak 2 keping roti Santan M&S di atas kertas baking.
Susun daun salad di atas.
Atur ayam salai dan tomato.
Picitkan mayonis di atasnya.
Susun timun dan keju.
Picitkan sos cili di atasnya.
Gulung dan bungkus kemas. Potong dan hidangkan.