Roti Santan M&S Gaya Mak & Kuah Dal
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Roti Santan M&S Gaya Mak
Bahan-Bahan
250g tepung serbaguna, diayak2 sudu besar minyak sapi
½ biji telur
1 sudu besar susu pekat
120-130ml air, dicampur garam
3 sudu besar Santan M&S
Minyak, minyak sapi secukupnya
Cara Penyediaan
Gaul tepung dengan minyak sapi.
Masukkan telur, susu pekat dan air.
Gaul dan masukkan santan.
Uli menjadi doh yang lembut. Bentukkan menjadi bebola.
Lumurkan dengan minyak sapi. Titiskan minyak di atasnya
Tutup dan biarkan selama 4 jam.
Canai doh di atas permukaan yang dilengser minyak sehingga nipis. Lipat menjadi empat segi.
Lengser kuali leper dengan marjerin dan panaskan.
Masukkan roti canai dan masak sebentar.
Terbalikkan dan curahkan santan.
Terbalikkan semula dan masak sehingga garing.
Curahkan santan kemudian terbalikkan lagi. Masak sehingga garing.
Kuah Dal
Bahan-Bahan
200g kacang dal, direndam 8 jam1 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji kentang, didadu kecil
1 sudu besar rempah kari
3 sudu besar Santan M&S
Air secukupnya
Garam, gula secukup rasa
Bahan B
½ sudu kecil (setiap satu) halba, biji sawi, jintan manis, jintan putih1 labu bawang besar, didadu
1 pelepah daun kari
1 inci halia, dihiris halus
4 tangkai cili kering, dipotong serong
2 sudu besar minyak
Cara Penyediaan
Rebus kacang dal dengan air sehingga separuh empuk.
Masukkan rempah kari, lobak merah dan ubi kentang.
Masak sehingga lobak merah dan ubi kentang empuk.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Panaskan minyak, tumis bahan B sehingga wangi.
Tuangkan ke dalam dal, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.