Roti Santan M&S Dengan Seri Kaya
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
2 - 4 Orang
Roti Santan M&S Gaya Sofia
Bahan-Bahan
Santan M&S secukupnya2 keping roti canai frozen
Sedikit minyak
Cara Penyediaan
Lengserkan minyak di dalam pan.
Masak roti canai di dalam pan yang dilengser minyak.
Tuangkan Santan Kelapa M&S ke atas roti canai frozen.
Terbalikkan dan masak sehingga garing.
Ulangi langkah yang sama untuk sebelah bawah.
Apabila keperangan, angkat.
Seri Kaya
Bahan-Bahan
100ml air250ml Santan M&S
5 helai daun pandan, dipotong 3 biji telur
180g gula kastor
¼ sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Mentega sejuk (hidangan)
Cara Penyediaan
Kisar daun pandan kemudian tapiskan dan perah hampasnya. Ketepikan.
Pukul telur dan gula sehingga sebati, tapiskan ke dalam periuk.
Masukkan santan, garam, air daun pandan dan pewarna hijau.
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
Biar sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.