Roti Santan M&S Bersama Sos Keju
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
1 - 2 Orang
Roti Santan M&s Gaya Sofia
Bahan-Bahan
Santan M&S secukupnya2 keping roti canai frozen
Sedikit minyak
Cara Penyediaan
Lengserkan minyak di dalam pan.
Masak roti canai di dalam pan yang dilengser minyak.
Tuangkan Santan Kelapa M&S ke atas roti canai frozen.
Terbalikkan dan masak sehingga garing.
Ulangi langkah yang sama untuk sebelah bawah.
Apabila keperangan, angkat.
Sos Keju
Bahan-Bahan
1 sudu besar mentega1 sudu besar tepung serbaguna
150ml susu segar
100ml Santan M&S
6 keping keju cheddar
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk lada hitam, serbuk cayenne secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan
Cairkan mentega di atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau rata.
Tuangkan santan dan susu, kacau sehingga pekat.
Masukkan keju dan serbuk pati ayam.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan cayenne.
Tambah pewarna kuning secukupnya dan kacau sebati.