Rendang Tok
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 - 6 Orang
Bahan-Bahan
1kg daging batang pinang, dipotong 162 sudu besar pes asam jawa, dicampur ½ cawan air
6 sudu besar kerisik
1 liter Santan M&S
400ml air
3 helai daun kunyit, dihiris halus
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Rempah
3 sudu besar ketumbar3 sudu besar jintan manis
1½ sudu besar jintan putih
1½ sudu kecil lada hitam
Bahan A
3 labu bawang besar22-30 tangkai cili kering, dipotong dan direbus lembut
5 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
5 biji buah keras
Bahan Tumis
12 biji bawang merah, dihiris halus6 ulas bawang putih, dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
Sangai bahan rempah sehingga wangi. Tumbuk sehingga halus.
Tumbuk bahan A sehingga halus.
Masukkan daging ke dalam mangkuk.
Tambah bahan rempah.
Masukkan bahan A.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan 200ml Santan M&S. Kacau rata dan perap selama 4 jam.
Panaskan minyak.
Tumis bahan tumis sehingga keperangan.
Masukkan daging.
Masukkan baki Santan M&S dan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pekat.
Masukkan garam dan gula merah.
Tambah kerisik. Masak lagi sehingga pekat dan naik minyak.