Pizza Rendang Berempah
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
2 - 4 Orang
Bahan Sos Merah
2 sudu besar minyak zaitun1 labu bawang besar Holland, didadu 1cm
½ biji cili benggala hijau, didadu 1cm
1 biji tomato, didadu 1cm
1 keping doh pizza (berukuran 23cm)
200g *Rendang Berempah (rujuk kepada resipi Rendang Berempah)
6 biji zaitun hitam, dibelah 2
80g parutan keju Mozarella
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan Sos
80ml sos tomato1 sudu besar puri tomato
Cara Penyediaan
Untuk sos: Masukkan sos tomato ke dalam periuk.
Tambah puri tomato. Masak sehingga mendidih.
Panaskan minyak zaitun.
Masukkan bawang besar.
Masukkan cili benggala hijau.
Masukkan tomato.
Tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat.
Tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat.
Sapukan sedikit minyak zaitun di sekelilingnya.
Sapukan bahan sos ke atas doh pizza.
Taburkan campuran bawang.
Sudukan Rendang Berempah.
Taburkan zaitun hitam.
Taburkan keju.
Bakar pada 200°C selama 20-25 minit.