Otak-Otak Tofu

Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
3 Orang
Bahan-Bahan
4 tiub Tofu (tauhu di dalam tiub)Daun pisang untuk membungkus
Bahan-Bahan Yang Ditumbuk
80g bawang merah6 ulas bawang putih
2 tangkai serai
10g belacan
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
½ camca kecil serbuk ketumbar
Bahan-Bahan A
200 ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan5 biji telur yang dipukul
2 ½ camca besar tepung jagung
½ camca besar daun limau purut yang dihiris kecil
½ camca kecil garam
½ camca kecil gula
1 camca kecil serbuk pati ayam
Cara Penyediaan
Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan bahan-bahan A sehingga sekata.
Masukkan campuran tadi ke dalam cawan yang boleh dikukus. Masukkan ½ tiub tofu ataupun bungkus dengan daun pisang dan kukus selama 15 minit.