Nasi Kebangsaan
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Daging Bakar Air Asam Bersantan
Bahan-Bahan
400g daging batang pinang2 biji limau nipis, dihiris
Bahan Air Asam Bersantan
4 biji cili merah3-4 biji cili padi
½ inci belacan, dibakar
½ cawan Santan M&S
4 biji bawang merah, dihiris nipis
1 biji limau kasturi, dibelah
2 Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan
Panggang daging di dalam kuali leper sehingga masak.
Untuk air asam: Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan sehingga lumat.
Sudukan ke dalam mangkuk. Campurkan santan dan bawang merah.
Kemudian masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
Tambah asam gelugur, garam dan gula.
Hiris daging, perah jus limau ke dalam campuran santan. Hidangkan.
Kerabu Daun Selom Berkantan
Bahan-Bahan
50g kelapa parut putih100ml Santan M&S
250g taugeh, dibuang ekor
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
5 tangkai daun selasih, dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A (Bahan Tumbuk)
3 sudu besar udang kering, direndam5 biji bawang merah, dihiris
2cm halia, dihiris
5-6 biji cili padi, dihiris
3 biji cili merah, dihiris
Cara Penyediaan
Tumbuk Bahan A separuh lumat.
Masukkan kelapa parut dan tumbuk sehingga lumat.
Jerang bahan tumbuk, santan, gula dan garam di atas api sederhana.
Kacau sehingga mendidih. Padamkan api.
Masukkan taugeh, bunga kantan dan daun selasih.
Gaul rata dan hidangkan.
Umai Udang
Bahan-Bahan
15 ekor udang sedang, dikupas, buang urat dan hiris nipisJus 5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji cili padi merah, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus
½ helai daun kunyit, dihiris halus
1 sudu besar hirisan daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumbuk : Halus
3 biji bawang merah2 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci belacan
1 biji cili merah
3 biji cili padi merah
Cara Penyediaan
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, belacan, cili merah dan cili padi merah sehingga lumat.
Di dalam mangkuk, gaul udang dengan jus limau, cuka, gula dan garam.
Campurkan dengan bahan tumbuk.
Masukkan bawang, cili padi, serai, daun kunyit dan daun ketumbar, kemudian kacau rata.
Tutup dan perap 1 jam di dalam peti sejuk. Hidangkan.
Rendang Ayam Lengkuas Sarawak
Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 16200g lengkuas muda, ditumbuk halus
¼ cawan air
¼ cawan air asam jawa
500ml Santan M&S
4 ulas bawang merah, dihiris 2 batang serai, dititik
1 cawan bawang goreng
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Bahan Tumbuk
1 inci lengkuas (ditumbuk halus untuk jusnya)5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
1½ inci kunyit
Cara Penyediaan
Tumbuk halus lengkuas, campurkan air dan perah untuk jusnya.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan kunyit.
Perap ayam, jus lengkuas, bahan tumbuk, air asam jawa, lada sulah dan garam selama 1 jam.
Masak santan sehingga pecah minyak.
Masukkan lengkuas muda, serai dan ayam dengan bahan perapan.
Tambah bawang merah dan bawang goreng. Masak sehingga kering.
Perisakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah. Hidangkan.