Makanan Laut Dalam Bot Nanas
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Bahan-Bahan
1 biji nenas180g udang, dikupas
200g sotong, dipotong
3 sudu besar minyak masak
Bahan-Bahan A
100g bawang Bombay, dipotong baji5 ulas bawang putih, dihiris
Bahan-Bahan B
150ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan1 biji cili, dihiris
1 batang daun bawang
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
½ sudu teh serbuk lada
Cara Penyediaan
Nenas dibelah dua, keluarkan isinya (seperti membuat “bot”). Isi nenas dipotong dadu dan diketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan A. Masak sehingga naik bau. Masukkan pula bahan-bahan B, gaul rata dan masukkan isi nenas, udang dan sotong. Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
Cedok dan masukkannya ke dalam bot nanas tadi.