Lasagne Rendang Minang
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
2 - 3 Orang
Bahan Sos Merah
400g *Rendang Minang (rujuk kepada resipi Redang Minang)300ml sos pasta
2 sudu besar puri tomato
5-6 keping lasagne
60g parutan keju Cheddar / Mozzarella
Bahan Sos Putih
40g mentega40g tepung gandum
200ml Santan M&S
300ml air
Garam, serbuk lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan
Untuk Sos Putih : Cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
Tuangkan Santan M&S dan air. Kacau sehingga pekat. Angkat.
Untuk Sos Merah :Masukkan Rendang Minang ke dalam mangkuk.
Masukkan sos pasta.
Masukkan puri tomato. Kacau rata.
Sudukan sos merah ke dalam mangkuk kaserol.
Letak 1 keping lasagne.
Sudukan sos merah ke dalam mangkuk kaserol.
Sudukan sos putih ke atasnya.
Ulangi sehingga habis kepingan lasagne.
Sudukan sos putih. Taburkan keju di atasnya.
Bakar pada 180°C selama 30-35 minit.