Kuntuman Filo
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
6 Orang
Bahan-Bahan
4 keping filo pastri2-3 sudu besar mentega cair
150g salmon salai, dihiris halus
6 biji ceri tomato, dibelah 4
½ biji avokado, didadu 1cm
1 sudu kecil jus lemon
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Sos Santan Herba
¼ cawan krim keju2 sudu besar mayonis
2 sudu besar Santan M&S
1 sudu besar daun parsli cincang
1 sudu kecil thyme cincang
Garam, serbuk lada hitam secukupnya
Cara Penyediaan
Gaul salmon, tomato, avokado dengan jus lemon, garam dan serbuk lada hitam.
Gunting setiap filo menjadi 12 kepingan empat segi.
Sapu sekeping filo dengan mentega cair.
Letak di dalam tin patty. Ulangi dengan 3 kepingan lagi.
Untuk sos santan herba: Pukul krim keju sehingga sebati.
Masukkan semua bahan, gaul rata.
Bahagikan inti ke dalam filo.
Letak sedikit sos ke atasnya.
Bakar pada 190°C selama 15 minit atau sehingga keemasan.