Kuih Talam Seri Muka
Saiz Hidangan:
8 - 10 Orang
Bahan-Bahan
A. LAPISAN BERAS PULUT
600 ml M&S santan500 gm beras pulut (direndam semalaman & ditapis)
1 1⁄2 tspn gula
B. LAPISAN PANDAN
4 biji telur250 gm gula kastor
150 gm tepung kastad
600 ml M&S Santan
6 daun pandan (direbus dengan 100ml air, kisar, dan tapis untuk mendapatkan jusnya)
1 sudu teh pewarna hijau pandan
Cara Penyediaan
Campurkan beras pulut, garam, dan santan M&S. Tuang ke dalam talam.
Kukus selama 25 minit.
Sementara menunggu, campurkan telur, gula kastor, tepung kastad, santan M&S, pati pandan, dan pewarna hijau.
Setelah lapisan beras pulut masak, keluarkan dan tekan-tekan untuk memampatkannya,
Masukkan campuran pandan tadi ke atas lapisan beras pulut, kukus dengan api perlahan selama 30-40 minit sehingga lapisannya masak.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum memotong untuk dihidang.