Kuih Talam Pisang
Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
A. LAPISAN BAWAH
3½ cawan M&S Santan1¼ cawan tepung beras
½ cawan tepung serbaguna
½ cawan gula kastor
1 cawan pisang (dilenyek)
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning telur
B. LAPISAN ATAS
3 cawan M&S Santan3⁄4 cawan tepung serbaguna
¼ cawan tepung jagung
¼ cawan gula kastor
¼ sudu kecil garam
Cara Penyediaan
Campurkan santan M&S, tepung beras, tepung serbaguna, gula kastor, garam, dan pewarna kuning telur. Gaul sebati.
Tapis ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga ia mula berbuih.
Masukkan pisang dan masak sehingga adunan sedikit pekat.
Masukkan adunan ke dalam talam dan kukus selama 15 minit sehingga masak.
Untuk bahagian atas, campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Tapis adunan ke atas lapisan pisang yang telah masak, dan masak lagi selama 20 minit sehingga masak.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum memotong untuk dihidang.