Kuih Siput
![kuih_siput_1](https://msfood.com.my/wp-content/uploads/2021/12/kuih_siput_1.jpg)
Saiz Hidangan:
8 - 10 Orang
Bahan-Bahan
600 gm tepung gandum2 sudu kecil garam
160 gm marjerin
20 gm lemak sayuran
1 biji telur
100 ml Santan Kelapa M&S
100-110 ml air
Minyak masak
Cara Penyediaan
Ayak tepung bersama garam.
Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung.
Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit santan serta air.
Uli menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis
Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput.
Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.