Kuih Bingka
Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
700 ml Santan M&S300g gula
1 sudu teh garam
Daun pisang untuk alas dulang, digris
Bahan-Bahan Tepung Campuran
180g tepung beras50g tepung kacang hijau
10g tepung sago
600ml air (direndam bersama selama 3 jam)
Cara Penyediaan
Celup daun pisang di dalam air panas dan alas dulang empat segi (20cm x 20cm). Gris daun pisang. Panaskan ketuhar kepada 200°C.
Ayak tepung campuran yang direndam ke dalam satu periuk. Campur Santan Kelapa M&S, garam dan gula. Kacau sehingga sebati dan masak di atas api sederhana. Kacau berterusan sehingga menjadi pekat.
Kemudian, sudukan campuran ke dulang yang disediakan. Bakar selama ½ jam dan panggang di dalam ketuhar selama 20 minit lagi atau sehingga bahagian atas menjadi warna coklat.