Kuih Bakar

Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
240 gm tepung gandum150 gm gula pasir
½ sudu teh garam
3 biji telur
300 ml Santan Kelapa M&S
300 ml air
400 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
2 sudu besar marjerin, dicairkan
1-2 sudu besar bijan
Cara Penyediaan
Satukan tepung, gula dan garam.
Pukul telur dengan Santan Kelapa M&S.
Sambil dikacau dengan pemutar ‘belon’ atau senduk kayu, tuangkan telur tadi.
Masukkan air, jus pandan dan pewarna hijau.
Akhir sekali tuangkan marjerin dan kacau hingga sebati.
Tapiskan ke dalam mangkuk.
Panaskan ketuhar dengan api atas dan bawah, 15 minit sebelum membakar.
Lengser tin 22 cm dengan minyak, panaskan tin di dalam ketuhar.
Tuangkan adunan kuih kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180 C.
Taburkan bijan dan bakar lagi selama 40 minit atau hingga masak.
Biar sejuk sebelum dipotong.