M&S logoM&S logoM&S logoM&S logo
  • Corporate
    • About Us
    • Philosophy
    • Milestones
    • What’s Happening
  • Products
    • Coconut Cream
    • Coconut Milk
    • Low Fat Desiccated Coconut
    • Coconut Shell Charcoal
  • Sustainability & CSR
    • Sustainability
    • CSR Program
  • Awards & Certifications
  • Contact
  • Mak & Sofia Recipes
    • Overview
    • Resipi Mak
    • Resipi Sofia
    • Mak VS Sofia
EN
 

Kek Kelapa Runtuh M&S Santan Kelapa

Saiz Hidangan:

6 - 8 Orang

1. Kek 2. Krim Keju 3. Hiasan / Isian

Kek

Bahan Ayak

360g tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk penaik
½ sudu kecil garam
300g gula halus
170g mentega tanpa garam, lembutkan (suhu bilik)
60ml minyak sayuran
300ml Santan Kelapa M&S
2 biji kuning telur
½ sudu kecil esen vanilla
6 biji putih telur
1/8 sudu kecil krim tartar


Cara Penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160’C. Sapukan tiga dulang pembakar bulat 7”, lapik dengan kertas pembakar.

Ayakkan tepung serbaguna & serbuk penaik, kemudian tambah garam, ketepikan.

Masukkan mentega, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk adunan, pukul sehingga ringan & gebu.

Masukkan kuning telur satu demi satu, putar sampai sebati. Campur esen vanila selepas itu.

Perlahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan 1/3 bahan ayak dan ½ Santan Kelapa M&S secara berselang-seli. (Mula & berakhir dengan bahan ayak). Putar sampai sebati.

Masukkan putih telur bersama krim tartar di dalam mangkuk adunan yang lain, pukul sehingga kembang.

Gaulkan 1/3 adunan telur putih setiap kali dengan adunan kek sampai sebati. Ulangi sehingga adunan telur putih habis.

Bahagikan adunan ke dalam 3 dulang pembakar secara sama rata. Bakar pada suhu 160C selama 25-30minit/ sehingga masak.

Keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk selama 10 minit di dalam dulang pembakar. Trim bahagian atas kek dengan sama rata selepas ia disejukkan sepenuhnya di atas redai.


Krim Keju

Bahan-Bahan

500g krim keju, lembutkan
120g mentega tanpa garam, lembutkan (suhu bilik)
150g gula aising
1 sudu kecil ekstrak kelapa


Cara Penyediaan

Pukul krim keju sehingga lembut, masukkan mentega, pukul lagi sampai sebati.

Campurkan gula aising & ekstrak kelapa, pukul sehingga sebati.


Hiasan / Isian

Bahan-Bahan

1 tin laici, dipotong kecil
200g kelapa parut kering Hawaiian
Pewarna kuning untuk warnakan kelapa parut kering (optional)


Cara Penyediaan

Letak lapisan kek-1 di atas kek dulang, sapukan krim keju di permukaan kek, taburkan ketulan laici di atasnya. Ulangi proses yang sama untuk lapisan kek ke-2.

Letak lapisan kek ke-3 di bahagian atas. Sapukan krim keju di seluruh kek.

Akhir sekali, hiaskan seluruh kek dengan kelapa parut kering.



NOTA :
Bahagian kek tengah diisi dengan kelapa parut kering adalah optional. Sila rujuk kepada video untuk langkah-langkah membuat.

Related posts

15 December 2021

Biskut Red Velvet


Read more
15 December 2021

Minuman Coklat Kelapa


Read more
15 December 2021

Biskut Kacang Sempoi


Read more

Interested? Talk to us to know more

Drop us a message here or contact us to get more information.

Get In Touch

Berminat?

Ikuti Kami Untuk Maklumat Lanjut

High quality coconut-based products manufactured using only the finest coconuts that are processed fresh daily.

Follow Us On:
Head Office / Manufacturing Plant

No.19 & 21, Persiaran Rishah 7, Kawasan Perindustrian Silibin, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia.

+605 – 526 3116 +605 – 526 3119 info@msfood.com.my
Quicklinks

CorporateProductsAwards & CertificationsSustainabilityMak & Sofia RecipesContact UsWhat’s Happening

© M&S Food Industries. All rights reserved. Developed By
BikeBear Terms of usePrivacy policy
    EN
    • No translations available for this page