Kek Cawan Emoji
Saiz Hidangan:
6 - 8 Orang
Kek
Bahan Kek Lemon
¾ cawan mentega¾ cawan gula kastor 3 biji telur
1¼ cawan tepung berserbuk penaik
½ cawan serbuk badam
1/3 cawan Santan Kelapa M&S
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan lemon
Cara Penyediaan
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
Masukkan separuh tepung, serbuk badam dan santan, pukul rata.
Masukkan baki tepung, serbuk badam, santan, jus dan parutan lemon. Kacau.
Isikan ¾ penuh ke dalam cawan kertas. Bakar pada suhu 190°C selama 18 minit atau sehingga masak. Biarkan di atas redai sehingga sejuk.
Untuk Hiasan Emoji
Bahan-Bahan
Fondan kuningManik gula bentuk hati
Cara Penyediaan
Canaikan fondan, terap bentuk bulat dan lukis emoji dengan Aising Royal.
Untuk Aising Royal
Bahan-Bahan
½ biji putih telur¾-1 cawan gula aising, diayak
Pewarna hitam, biru, merah
Cara Penyediaan
Pukul putih telur, masukkan sedikit demi sedikit gula aising sehingga boleh dipicit. Bahagikan kepada warna berbeza.
Untuk Krim Lemon
Bahan-Bahan
125g mentega75g gula aising
1 sudu kecil jus lemon
Cara Penyediaan
Pukul semua bahan sehingga sebati. Sapukan ke atas kek. Letak fondan dengan corak emoji di atasnya.