Kari Ayam Kuning
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 Orang
Bahan-Bahan
4 peha ayam, dipotong kecil400ml Santan Kelapa M&S
200g ubi keledek, dikupas dan dipotong kecil
4 sudu besar sos ikan
100g gula Melaka, dipotong
2 batang serai
4 sudu besar minyak masak
1 cawan air
Bahan-Bahan Pes Kari Kuning
1 sudu besar pes cili1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
½ kunyit, saiz ibu jari
½ halia, saiz ibu jari (dikisar hingga menjadi halus)
Bahan-Bahan Rempah Campuran
1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk lada putih (campurkan)
Cara Penyediaan
Campurkan pes kari kuning dengan rempah campuran. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis dengan serai sehingga naik bau.
Campurkan kepingan ayam dan goreng selama 3 minit hingga ayam digaul sebati dengan rempah. Campurkan ubi keledek, sos ikan, gula Melaka dan air.
Renahkan ayam selama 20 minit atau sehingga masak. Campurkan Santan Kelapa M&S dan masak dengan api sederhana selama 3 minit (jangan biarkan mendidih).