Gula Kelapa M&S
Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
1 cawan Santan M&S2 biji kelapa, diparut putih
1½ cawan gula pasir
½ cawan susu sejat
30g mentega
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanila
Pewarna merah
Sedikit marjerin untuk melengser
Cara Penyediaan
Masukkan kelapa parut ke dalam kuali.
Tambah gula pasir dan susu sejat.
Masukkan mentega dan garam.
Tambah vanila dan pewarna merah.
Tuangkan santan kemudian kacau tanpa henti atas api kuat selama 10 minit.
Kecilkan api, kacau selama 30 minit atau sehingga campuran mulai tidak melekat di tepi kuali.
Lengser loyang dengan marjerin. Tekan dan ratakan adunan kelapa.
Biar sejuk sebelum dipotong.