Frittata Rendang Dendeng
Tahap Kepedasan:
Saiz Hidangan:
4 - 6 Orang
Bahan-Bahan
1 labu bawang besar, didadu 2cm½ biji cili benggala hijau, didadu 2cm
½ biji cili benggala merah, didadu 2cm
6 biji telur
100ml Santan M&S
200g ubi kentang, direbus dan didadu 2cm
50g parutan keju Cheddar
200g *Rendang Dendeng (rujuk kepada resipi Rendang Dendeng)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Minyak secukupnya
Cara Penyediaan
Panaskan minyak.
Goreng bawang besar sehingga layu.
Masukkan cili benggala hijau.
Masukkan cili benggala merah. Kacau sebati. Angkat.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
Masukkan Santan M&S.
Masukkan ubi kentang.
Masukkan ½ parutan keju.
Masukkan bawang dan cili benggala goreng.
Tambah garam dan serbuk lada hitam.Pukul sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali leper.
Tuangkan ½ campuran telur.
Sudukan Rendang Dendeng di atasnya.
Tuangkan baki campuran telur.
Masak sehingga bahagian bawah keperangan.
Taburkan baki keju.
Gril sehingga keemasan.