Biskut Red Velvet
Saiz Hidangan:
5 Orang
Bahan-Bahan
½ cawan mentega¾ cawan gula aising
1 biji telur
1 sudu kecil vanila
Pewarna red velvet
Bahan Ayak
1 1/3 cawan tepung serbaguna2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk koko
¼ sudu kecil soda penaik
¼ sudu kecil serbuk penaik
Bahan Krim
100g krim keju, dibiar lembut100g coklat putih
3 sudu besar Santan M&S
Bahan Hiasan
100g coklat masakan½ sudu kecil lemak sayuran
Cara Penyediaan
Pukul mentega, gula dan telur sehingga sebati.
Masukkan vanila dan pewarna, kacau rata.
Masukkan bahan ayak, gaul menjadi doh.
Bentukkan bulat. Tekan tengahnya untuk membuat lubang.
Bakar pada 160˚C selama 15 minit. Biar sejuk.
Untuk Krim: Cairkan coklat di atas double boiler. Biar suam.
Pukul krim keju. Masukkan Santan M&S dan coklat, pukul rata.
Isikan ke dalam beg aising. Picitkan ke tengah biskut.
Cairkan coklat dan lemak sayuran di atas double boiler. Titiskan coklat cair dan hidangkan. Isikan biskut dengan krim semasa hendak menghidangkan.