Biskut Lemak
Saiz Hidangan:
8 - 10 Orang
Bahan-Bahan
60 gm mentega65 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
25 gm serbuk santan
30 ml Santan M&S
100 gm tepung kanji - ayak
120 gm tepung gandum - ayak
1st serbuk penaik - ayak
30 gm kelapa kering – kisar
Cara Penyediaan
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan vanila, kacau rata.
Bubuh serbuk santan, santan, bahan ayak dan kelapa.
Uli menjadi doh. Canai doh setebal 4 mm.
Terap dengan acuan bentuk bunga atau hati.
Atur atas tin pembakar yang dilenser marjerin.
Bakar biskut pada 180°C selama 20-25 minit atau hingga masak.