Biskut Dam M&S
Saiz Hidangan:
4-6 Orang
Bahan-Bahan
150g mentega80g gula aising, diayak
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar Santan M&S
200g tepung serbaguna, diayak
120g tepung jagung, diayak
½ sudu kecil serbuk penaik, diayak
½ sudu besar serbuk koko
Cara Penyediaan
Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
Masukkan telur, vanila dan Santan M&S. Pukul rata.
Masukkan bahan ayak, uli menjadi doh.
Bahagi 2, tambah koko ke dalam 1 bahagian.
Canai setiap doh dan potong memanjang selebar 1cm.
Susun doh vanila-coklat-vanila dan coklat-vanila-coklat.
Susun bertindan 3 secara berselang-seli.
Bungkus dan sejukkan selama 20 minit. Potong setebal ½ cm.
Bakar pada 165˚C selama 15-20 minit atau sehingga masak.