Teh Hijau Panna Cotta

panna cotta


  • 500ml Santan Kelapa M&S
  • 200ml krim pekat
  • 1 cawan gula halus
  • ½ cawan air panas
  • 1½ sudu besar gelatin
  • 1 sudu teh serbuk teh hijau
  • Hidang dengan strawberi dan buah-buahan kegemaran
  • * * * * * * * *
  • Campurkan Santan Kelapa M&S, krim dan gula ke dalam periuk dan masak atas api kecil. Kacau campuran selama 2 – 3 minit sehingga panas. Pastikan gula cair (jangan mendidih) dan tutup api. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sampai sebati.
  • Renjiskan gelatin ke dalam air panas dan pukul dengan garfu sehingga cair. Campurkan kepada campuran santan.
  • Basahkan acuan, tuang campuran ke dalam dan sejukkan selama 5 jam atau menjadi kental.
  • Terbalikkan panna cotta ke atas piring dan hidangkan dengan buah-buahan.

Kongsi Resipi