Otak Otak Putih



  • 300g pes ikan
  • 150ml Santan Kelapa M&S
  • 2/3 sudu besar garam
  • 1 sudu teh serbuk perisa (bebas memilih)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk adas
  • 3 putih telur
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 helai daun pisang (10cm x 10cm)
  • * * * * *
  • Masukkan pes ikan, telur putih, serbuk ketumbar dan serbuk adas ke dalam alat pengisar dan kisar sehingga sebati. Campurkan Santan Kelapa M&S, garam dan lada sulah. Kisar 30 saat lagi. Masukkan bahan-bahan digiling dan campurkan.
  • Keluarkan campuran dan bahagi kepada 10 bahagian. Letakkan satu bahagian di atas sehelai daun pisang yang telah digris. Gulung dan leperkan. Gunakan lidi untuk menutup kedua- dua hujung.
  • Panggang selama 5 minit pada kedua-dua muka. Jika mengguna kuali, griskan kuali dengan minyak masak dan masak selama 5 minit pada kedua-dua permukaan otak-otak.

Kongsi Resipi