Nasi Lemak



  • 4 sudu besar minyak masak
  • 90g ikan bilis, dibersihkan
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 1 sudu teh asam jawa, dicampurkan dengan 2 sudu besar air dan tapiskan jusnya
  • ¼ sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu teh gula
  • Telur, direbus
  • Timun, dihiris
  • Kacang tanah, digoreng
  • 5 biji cili kering, direndam
  • 3 biji cili merah
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu serbuk belacan
  • 1 batang serai, dihiris (ditumbuk)
  • 375gm beras panjang / 3 cawan periuk nasi
  • 1 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan, diikat simpul
  • 200ml Santan Kelapa M&S
  • 2 ½ cawan air
  • Basuh beras, tos dan masukkan ke dalam periuk besar. Masukkan garam dan daun pandan. Campurkan 100ml Santan Kelapa M&S dengan air dan masukkan ke dalam beras. Masak sehingga hampir masak. Tambahkan 100ml Santan Kelapa M&S, kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
  • Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga perang keemasan. Keluar dan ketepikan. Gunakan lebihan minyak untuk menumis bahan-bahan sambal yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan bawang dan kacau rata. Campurkan jus asam jawa, gula dan garam. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
  • Hidangkan bersama telur rebus yang dibelah dua, timun dan kacang.

Kongsi Resipi