Kelestarian

 

“Sebagai sebuah syarikat yang berpegang kepada tanggungjawab sosial, M&S akan sentiasa menerokai cara baharu yang dapat mengurangkan impak alam sekitar.”

 

Panel Solar


“Loji Rawatan Air Sisa (WWTP) telah ditubuhkan bagi melaksanakan konsep alam sekitar syarikat M&S, iaitu memelihara alam sekitar dengan melaksanakan tanggungjawab penjagaan kita terhadap generasi akan datang. Ini juga untuk menyelaraskan dengan nilai teras kita 'Nature' bahawa dunia yang indah. Justeru itu, kita komited untuk tidak mencemarkannya serta mensia-siakan sebarang sumber dalam menuju ke arah persekitaran yang lebih hijau.
Untuk menulenkan air, WWTP melibatkan 2 proses iaitu Proses Kimia Fizikal yang bertindak sebagai rawatan utama untuk meneutralkan serta memendakan sebatian tidak larut keluar daripada air. Manakala Proses Biologi bertindak sebagai rawatan sekunder kerana bakteria akan mengambil alih dan merawat selebihnya molekul berbahaya yang boleh menyebabkan isu pencemaran alam sekitar. Air terawat daripada sistem juga memenuhi pematuhan dari pihak berkuasa tempatan sebelum dibuang ke longkang awam dan sungai untuk memastikan ia tidak membahayakan ekosistem.”


Sumbangan Tahunan

207.29

Pengurangan Karbon Dioksida (Tan)

16323

Pokok Ditanam

120.67

Penjimatan Arang (Tan)

 

Loji Rawatan Air Buangan


Peranan utama loji rawatan air buangan adalah untuk mengasingkan dan membuang pepejal terampai sebanyak yang boleh sebelum sisanya dilepaskan semula ke alam sekitar. Rawatan biologi dalam loji air buangan memastikan tidak ada bakteria yang berpeluang untuk memasuki sumber air lain yang berpotensi untuk memudaratkan manusia, tumbuhan dan haiwan. Air dari loji rawatan air buangan ini boleh digunakan semula untuk membantu kawasan yang mengalami keadaan kering dan ia mengurangkan jumlah air yang tidak bersih.

 

Pembungkusan Diiktiraf FSC

FSC bermaksud Majlis Pengawasan Hutan, dan ia adalah organisasi yang bekerja untuk mempromosikan amalan perhutanan lestari di seluruh dunia. Terdapat empat standard pelabelan sijil FSC dan M&S memilih label FSC Mix, yang bermaksud penggunaan kertas campuran daripada hutan terurus dan bahan kitar semula. Walaupun pemilihan kertas diiktiraf-FSC boleh meningkatkan kos kertas sebanyak 20%, M&S menitikberatkan penjagaan alam sekitar. Dengan memilih produk yang menggunakan label FSC, anda juga turut membantu melindungi hutan dunia.