Korporat
Falsafah
Kepercayaan Kami
Kakitangan
Nilai teras kami adalah S.A.N.T.A.N. Kami percaya dengan mengamalkan nilai teras ini, semua kakitangan harus bersatu padu sebagai satu keluarga besar. Semasa syarikat terus berkembang, kami menyasar supaya sentiasa memberi inspirasi dan meningkatkan pretasi kakitangan bersama-sama. Kami memahami bahawa hanya syarikat berkembang bersama-sama dengan kakitangan, barulah dapat mencipta lebih banyak dan mampu mencapai matlamat utama dengan lebih cemerlang.
Portfolio
Produk makanan kelapa kami sangat digemari dengan usaha inovasi dan pembangunan berterusan yang membawa produk kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami tidak pernah berkompromi dengan kualiti, dan terus berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik supaya mendapat kepercayaan dan keutamaan pelanggan yang sedia ada dan baru. Kami terus menempuh halangan keselesaan dan mencipta produk yang lebih hebat untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
Rakan Niaga
Kami percaya bahawa kerjasama hebat bersama rakan niaga akan membawa impak yang positive terhadap kejayaan perniagaan kami, dan salah satu falsafah korporat kami adalah untuk mengembangkan dan memupuk rangkaian bagus antara pelanggan dan pembekal kami. Dengan amalan kerjasama, kami dapat mencipta nilai bersama dan berkekalan yang akan membawa perniagaan kami ke peringkat seterusnya. Pada masa yang sama, kami membina kepercayaan melalui komunikasi yang berkesan dan jujur untuk membawa manfaat baik bersama dengan M&S.
Planet
Kesejahteraan planet kita adalah tanggungjawab sosial semua sebagai cara untuk memberi kembali kepada masyarakat. Oleh itu, kami menyasarkan supaya menjadi organisasi yang bertanggungjawab dengan mengikuti amalan perniagaan hijau. Di M&S, selain daripada mengamalkan 3R (Pengurang, Guna Semula, Kitar Semula), kami telah mengambil langkah selanjutnya dengan memasang panel solar untuk mengurangkan pelepasan karbon ke udara. Kami juga menyertai dalam tajaan amal untuk melindungi haiwan terancam dengan menyediakan habitat kepada mereka.
Keuntungan
Salah satu komitmen yang kami utamakan ialah kejayaan kewangan syarikat. Kami komited menjadi sebagai rakan perniagaan yang boleh diharap dan dipercayai kepada pembekal dan pelanggan. Kami bermatlamat untuk menjadi organisasi yang mampan dengan pertumbuhan perniagaan yang stabil. Walaupun begitu, kami juga sentiasa mengambil berat tentang tanggungjawab keseluruhan, dari segi amalan perniagaan hijau dan pelaburan dalam kejayaan pekerja kami.
Produktiviti
Kualiti produk dan keselamatan kerja adalah keutamaan kami. Kami menggunakan sistem pembuatan lean dan memulakan perjalanan automatik untuk terus meningkatkan kecekapan saluran pengeluaran. Salah satu matlamat kami adalah untuk menjadi syarikat tanpa sisa buangan yang dapat mengubahkan sisa produk menjadi sesuatu yang berguna. Namun begitu, di M&S, kami terus menerima cabaran baru dan mencari penyelesaian dalam M&S.
Nilai-nilai Kami
“Santan”
melambangkan perniagaan teras M&S, ia juga dinamakan sebagai santan dalam Bahasa Melayu. Perkataan “Ga” diperolehi dari ‘Keluarga’ dalam Bahasa melayu atau ‘家 jia’ dalam Bahasa Cina yang bermaksud ‘Family’ dalam Bahasa English. Kami ingin mewujudkan tempat kerja yang selamat dan selesa bagi semua kakitangan M&S supaya kami semua berasa tinggal serumah dan menganggap syarikat sebagai rumah sendiri. Kami bekerjasama seperti sekeluarga besar saring tolong-menolong di kalangan jabatan, melayan rakan sekerja seperti adik-beradik sendiri.
Oleh itu, kami ‘Santan Ga’ akan patuhi prinsip berikut:
Alam semulajadi
Dunia kita sememangnya indah. Kami komited untuk tidak membazirkan sebarang sumber yang digunakan.
Bertanggungjawab
Pepatah ada mengatakan 'Jika kita melakukan sesuatu yang benar, kita tidak perlu bersembunyi”. Kami adalah insan dan organisasi yang berintegriti.
Ikhlas
Kami adalah profesional dan memastikan pegangan ini sentiasa diamalkan dalam organisasi kami.
Kerjasama
Sebuah organisasi adalah seumpama sebuah Kerajaan Semut. Kejayaan kendiri tidak mencukupi, kejayaan keseluruhan adalah misi utama.
Pencapaian
Perkara yang paling membanggakan adalah kemampuan untuk mencipta kejayaan. Kami akan terus berusaha untuk mencatatkan kejayaan yang ajaib.
Memupuk
Berkongsi tanda penyayang. Kami berikrar akan memastikan kejayaan syarikat yang berterusan dengan mendidik, memupuk dan menjaga generasi baharu.