Program CSR
“A kind gesture can reach a wound that only compassion can heal.”
Steve Maraboli
Selain daripada produk kelapa terkemuka, M&S juga komited terhadap pembangunan mampan dan penglibatan komuniti. Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa sedar tentang kejadian di sekeliling kita, kami terlibat dalam pelbagai penglibatan amal dalam menaja keperluan dan sumbangan kewangan kepada pelbagai tujuan amal setiap tahun.
Selain itu, selaras dengan nilai teras kami, kami juga terlibat secara aktif dalam program sukarela yang membantu melindungi haiwan Malaysia yang terancam seperti Tapir Malaya dan Orang Utan.
Memandangkan kami percaya bahawa pendidikan adalah asas pembangunan. M&S menajakan program biasiswa bagi menawarkan tajaan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada mereka yang kurang bernasib baik dapat mencapai Pendidikan lebih tinggi untuk masa depan yang lebih baik.

Sumbangan Makanan Tengahari PKP kepada rumah anak yatim
Kami memerhati beberapa rumah anak yatim menghadapi kesukaran semasa tempoh PKP. Sumbangan yang diterima berkurangan oleh rumah anak yatim namun mereka masih perlu menyediakan makanan. Kami telah menghantar pek makanan tengah hari kepada mereka setiap hari selama 3 bulan dengan harapan dapat membantu meringankan beban mereka pada tempoh yang sukar ini.

Program Biasiswa
Pengetahuan boleh mengubah dunia. Kami percaya pendidikan boleh mengubah kehidupan seseorang. Kanak-kanak yang menerima peluang untuk mendapat pendidikan akan menggalakkan mereka untuk membantu orang lain di masa hadapan. Inilah yang seharusnya kita lakukan.

MNS (Malaysia Natural Society)
Menyelamatkan Malayan Tapir dan haiwan lain yang terancam.