Produk Arang Tempurung Kelapa

Arang Tempurung Kelapa
Tempurung kelapa adalah sumber yang bagus untuk menghasilkan briket arang tempurung.
Arang tempurung kelapa boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kerana ciri-ciri dan kelebihannya. Ia sering digunakan sebagai bahan bakar perindustrian dan domestik. Ia memiliki kandungan karbon yang tinggi dan keras, tempurung kelapa adalah sumber bahan mentah yang sangat bagus untuk menghasilkan karbon teraktif.
Arang tempurung kelapa kami dihasilkan melalui pemprosesan tempurung kelapa matang dalam reaktor pengkarbonan moden dimana proses ini dijalankan dengan bersih dan mempunyai jejak karbon negatif. Ia juga mesra alam kerana ia diperbuat daripada 100% sumber lestari, sekaligus memastikan pembangunan yang mampan. Proses ini membebaskan hanya sedikit abu ke alam sekitar semasa membakar dan ia selamat digunakan. Produk ini mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi berbanding briket arang kayu keras biasa. Ia boleh digunakan dalam industri makanan seperti BBQ, bahan bakar dapur dan industri metalurgi.
Pembungkusan
Kelapa parut kering kami dipek dalam kertas Kraft pelbagai lapis dengan lapik polietilena kedapan haba dengan timbangan bersih 25 kg setiap beg. Ia boleh disimpan sehingga 12 bulan.
Penggunaan Meluas Dalam Kehidupan Harian
Bahan bakar domestik • BBQ • Bahan bakar dapur
Bahan bakar domestik • BBQ • Bahan bakar dapur
Metalurgi • Bahan bakar perindustrian
Metalurgi • Bahan bakar perindustrian





Spesifikasi Produk
Parameter | Standard APCC | Makmal SGS (M&S) |
---|---|---|
Kelembapan | < 10 | 4.9% |
Bahan Mudah Meruap | Maksima 15% | 5.3% |
Abu | Maksima < 2% | 1.8% |
Karbon tetap | Minima 75% | 89.6% |
Nilai kalori kasar | Kandungan lebih tinggi adalah lebih baik | 7752kcal/kg |
Bahan asing | Maksima 0.5% | - |
Warna | Hitam | Hitam |
Manfaat Produk
Arang tempurung kelapa boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kerana ciri-ciri dan kelebihannya:
Produk Lain

Santan Kelapa

Krim Kelapa
