Anugerah & Pensijilan






Monde Selection
2017 - Kini
Sejak 1961 Monde Selection telah menilai kualiti budaya kulinari, kesihatan dan kecantikan di seluruh dunia. setiap produk dirasa dan diuji secara individu berdasarkan pelbagai parameter yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan kategori produk dan jangkaan pengguna. Setiap tahun, Ratusan sesi penilaian telah dijalankan di mana para juri mengambil masa untuk merasa dan menganalisa setiap produk secara individu.
Sesi ujian rasa Monde Selection adalah berdasarkan parameter organoleptik yang berkaitan dengan setiap produk seperti rasa, aspek visual, “after taste”, rasa mulut, dan bau. Sesi penilaian dijalankan dalam tempoh empat bulan di mana semasa tempoh tersebut para juri akan merasa sejumlah kecil produk setiap hari sahaja untuk mengekalkan deria rasa mereka.
Kualiti produk dinilai berdasarkan:




International Taste Award
2013, 2018-2020
Bagi “The Taste Institute”, penilaian rasa dijalankan oleh pakar rasa profesional. Produk akan diuji oleh panel besar yang merangkumi lebih daripada 200 Chef dan Sommeliers dari persatuan kulinari Eropah yang berprestij. Ahli juri dipilih berdasarkan rekod kepakaran mereka dalam merasa produk dan memberi maklum balas yang konstruktif. kepakaran mereka diiktiraf dalam pertandingan Chef & Sommeliers atau oleh institusi terkemuka seperti Le Guide Michelin or Gault & Millau.
Proses merasa: Produk diuji tanpa dilihat mengikut pendekatan sistematik berdasarkan kaedah Analisis Sensori Hedonik Antarabangsa (International Hedonic Sensory Analysis). Produk disediakan dan dihidang mengikut protokol yang sangat ketat untuk memastikan keobjektifan maksimum. Ia bukan satu pertandingan, oleh itu setiap produk dinilai dan diberikan skor berdasarkan kualiti organoleptik intrinsik.
Keputusan penilaian sensori akan dibentangkan dalam laporan PDF dan ia menyediakan pandangan kuantitatif prestasi produk anda. Ia termasuk skor keseluruhan produk anda serta skor terperinci bagi setiap satu daripada 5 kriteria sensori:


Singapore Taste Award
2019-2020
Bagi Singapore Taste Award, produk-produk dinilai oleh juri profesional di Eropah. Kemenangan anugerah di Singapore Taste Awards adalah satu penghormatan dan simbol produk yang memiliki kualiti cemerlang, memberikannya pengiktirafan berprestij di Singapura dan di seluruh dunia.
Rasa
Ujian rasa dijalankan di Eropah (London atau Paris). Alamat penghantaran sampel akan diberikan kepada anda serta merta selepas pendaftaran dibuat. Jika anda berada di luar Eropah, anda boleh menghantar sampel ke Amerika Syarikat atau Singapura (berdasarkan permintaan selepas pendaftaran).
Juri
Para juri terdiri daripada pembeli profesional (pengimport dan pengedar), wartawan dan pakar makanan dan minuman. Ada di antara ahli kami yang memilih produk secara langsung untuk pengedar terbesar di Asia yang melebihi 15,000 kedai.


Superbrands Malaysia
2005-2006
Penyertaan dalam Superbrands adalah secara jemputan sahaja dan ditawarkan kepada jenama paling terkemuka dalam bidang mereka. Kejayaan memperolehi status Superbrands akan membantu mengukuhkan kedudukan jenama, meningkatkan prestij serta meyakinkan pengguna dan pembekal bahawa mereka membeli jenama yang terbaik dalam kategorinya .
Superbrands melantik “Superbrands Council” yang memilih jenama dan menganugerahkan mereka status “Superbrands”. Ada pengulas yang telah mempersoalkan nilai untuk meletakkan ranking jenama bagi produk yang beroperasi dalam pasaran berlainan.

Pensijilan FSSC 22000
FSSC adalah singkatan untuk Sistem Pensijilan Keselamatan Makanan (Food Safety System Certification) 22000. Ia hampir sama dengan ISO 22000 dari segi sistem pengurusan. Namun, FSSC 22000 merangkumi syarat tambahan dan ia diiktiraf oleh Global Food Safety Initiative (GFSI).

Pensijilan ISO 9001
ISO 9001 ditakrifkan sebagai standard antarabangsa yang menetapkan syarat spesifik untuk sistem pengurusan kualiti (QMS). Organisasi menggunakan standard ini bagi menunjukkan kemampuan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang konsisten supaya memenuhi keperluan pelanggan dan kawal selia.

Pensijilan HALAL
Standard Halal Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mendapat kepercayaan daripada negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai peneraju standard halal di kalangan negara Islam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam membangunkan pensijilan halal.