Makanan Laut Dalam Bot Nanas



  • 1 biji nanas
  • 180g udang, dikupas
  • 200g sotong, dipotong
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 100g bawang Bombay, dipotong baji
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 150ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan
  • 1 biji cili, dihiris
  • 1 batang daun bawang
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu besar gula
  • ½ sudu teh serbuk lada
  • Nanas dibelah dua, keluarkan isinya (seperti membuat “bot”). Isi nanas dipotong dadu dan diketepikan.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan A. Masak sehingga naik bau. Masukkan pula bahan-bahan B, gaul rata dan masukkan isi nanas, udang dan sotong. Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
  • Cedok dan masukkannya ke dalam bot nanas tadi.

Kongsi Resipi