Ikan Masak Aroma



  • 1 ekor ikan merah/jenahak/tenggiri (lebih kurang 350g), dipotong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
  • 1 sudu teh daun limau purut, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 200ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 80g tomato, dihiris
  • ½ sudu teh gula
  • 8-10 helai daun selasih
  • ½ sudu besar bawang merah, digoreng
  • 1 biji cili, dicincang
  • 1 batang daun bawang, dipotong dadu
  • Tumis bahan-bahan A dengan minyak masak sehingga naik baunya. Masukkan bahan-bahan B dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, rendahkan api dan reneh sehingga kuahnya pekat dan ikan dimasak.
  • Masukkan bahan-bahan C dan gaul rata.

Kongsi Resipi